Sunday, 5 June 2016

Kedai Frozen Food Sebagai Tempat Kerja

25 Okt 2015 adalah hari terakhir saya sebagai anggota TLDM. Setelah berkhidmat lebih 18 tahun, saya perlu bertukar kerjaya bagi meneruskan kehidupan.

Pada usia saya 37 tahun, kerja yang bersesuaian dengan keadaan semasa ialah memulakan perniagaan sendiri.

Saya mula menilai beberapa perniagaan yang difikirkan mampu dilakukan. Akhirnya saya memilih perniagaan makanan sejuk beku setelah mendapat tunjuk ajar, panduan dan pandangan dari pelbagai pihak. 

Terima kasih kepada bantuan dan nasihat daripada Ibu, Isteri, Anak, Cikgu-cikgu PERHEBAT, rakan-rakan semasa berkhidmat, rakan-rakan Pelatih PERHEBAT terutama kursus KPPM siri 02/2015, En Syed dan staf Ultra Sepadu, staf Iwani dan semua yang pernah menasihati saya dalam pelbagai cara.





Kedai telah mula beroperasi sejak 1 Feb 2016.

Alamat kedai: C-27-GB Jalan Prima Saujana 2/E, Prima Saujana, Kajang, Selangor
Bilangan pekerja: 1 (one man show. hehe)

No comments:

Post a Comment