Friday, 26 October 2018

PILIHAN MAKANAN SEJUK BEKU

Makanan sejuk beku sememangnya digemari oleh pelbagai peringkat umur. 

Makanan sejuk beku yang sering menjadi pilihan ialah makanan segera seperti daging burger, sosej, bebola ikan dan kek ikan. 

Daging dan ayam sejuk beku pula telah terlebih dulu digunakan oleh masyarakat kita melalui pengambilan daging beku import dari Australia dan sebagainya.

Ada banyak makanan sejuk beku yg menjadi kegemaran kita.
contohnya burger dan yong tau foo.


Senarai produk yong tau foo keluaran HIKMAH

Jangan terkejut kalau saya katakan hampir sebahagian makanan yang kita makan hari ni berasal atau pernah menjadi makanan sejuk beku.

RAMLY ialah satu nama besar dalam industri makanan sejuk beku

Sebab apa? 
Sebab makanan sejuk beku lebih segar dan mudah disimpan. Ia mudah disediakan dan juga selamat dari pembiakan bakteria.

Makanan sejuk beku juga boleh di kategorikan sebagai 'Makanan Pengubat Rindu' dalam hidup kita.
Rindu nak makan sate? 
Rindu nak makan karipap?
Rindu nak makan roti canai?
Macam-macam makanan boleh kita sediakan dengan mudah menggunakan produk2 sejuk beku.





Sunday, 5 June 2016

Kedai Frozen Food Sebagai Tempat Kerja

25 Okt 2015 adalah hari terakhir saya sebagai anggota TLDM. Setelah berkhidmat lebih 18 tahun, saya perlu bertukar kerjaya bagi meneruskan kehidupan.

Pada usia saya 37 tahun, kerja yang bersesuaian dengan keadaan semasa ialah memulakan perniagaan sendiri.

Saya mula menilai beberapa perniagaan yang difikirkan mampu dilakukan. Akhirnya saya memilih perniagaan makanan sejuk beku setelah mendapat tunjuk ajar, panduan dan pandangan dari pelbagai pihak. 

Terima kasih kepada bantuan dan nasihat daripada Ibu, Isteri, Anak, Cikgu-cikgu PERHEBAT, rakan-rakan semasa berkhidmat, rakan-rakan Pelatih PERHEBAT terutama kursus KPPM siri 02/2015, En Syed dan staf Ultra Sepadu, staf Iwani dan semua yang pernah menasihati saya dalam pelbagai cara.





Kedai telah mula beroperasi sejak 1 Feb 2016.

Alamat kedai: C-27-GB Jalan Prima Saujana 2/E, Prima Saujana, Kajang, Selangor
Bilangan pekerja: 1 (one man show. hehe)